Tuesday, August 10, 2010

Buku : Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog : TBBK 1097
Kos ISBN : 978-967-5102-30-1
HARGA : RM 55.00, CP : 18

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
Buku ini telah terjual hamper 400,000 naskhah dan kita diminta berhati-hati kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak rompak buku ini dalam bentuk kulit paperback atau kertas lembut dengan harga RM30 sahaja. Pihak Telaga Biru hanya mencetak naskhah dalam bentuk hard cover atau kulit keras sahaja. Jika anda terserempak adanya naskhah dalam bentuk kulit lebut sila laporkan kepada Syarikat Telaga Biru. Bersama kita membentras cetak rompak. Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada bakal melansungkan perkahwinan. Saya juga mencadangkan setiap keluarga mempunyai buku ini kerana maklumat Fardu Ainya ianya amat menyeluruh dalam kehidupan kita sebagai orang islam. Jual 6 buah anda telah layak jadi seorang pengedar.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

No comments:

Post a Comment