MANUAL PENGGUNAAN ENET DAN ESTORE

CARA MEMBELI DI E-STORE


Langkah-langkah untuk membuat pembelian di e-Store

Langkah 1 - Daftar untuk menjadi pelanggan

1. Anda perlu klik pada menu 'Daftar Masuk' dan klik 'Sertai Sekarang'.
 
2. Masukan maklumat anda dengan lengkap dan klik 'hantar'.
3. E-mel pengaktifan akaun akan sampai ke e-mel anda. Sila klik pada pautan pengaktifan akaun dan anda boleh log-in menggunakan username dan password yang telah diberikan.

***Nota:
1. Kepada ahli/ wakil pengeadar Stormreaders, anda perlu mendaftar terlebih dahulu jika ingin membeli di e-Store. Anda tidak boleh menggunakan username dan password yang telah digunakan di e-net.
2. Sila pastikan e-mel yang anda berikan adalah betul dan masih berfungsi.
3. Jika anda sudah mendaftar, anda hanya perlu masukan username dan password pada menu 'Daftar masuk'. Anda tidak perlu mendaftar lagi.
4. Jika anda masih belum dapat e-mel pengaktifan akaun, sila semak pada ruang 'Spam' pada e-mel anda. Kepada pengguna Yahoo!Mail, anda akan mengalami kelewatan untuk e-mel masuk.

Langkah 2 - Buat pilihan produk

1. Selepas anda mendaftar masuk, anda boleh membuat pilihan prdouk.
2. Sila klik 'Beli' pada produk yang anda ingin membeli.(Ia terletak di sebelah harga setiap buku).
3. Selepas anda klik beli, akan keluar paparan Senarai Belian.
4. Anda boleh klik pada ikon pembetulan untuk mengubah kuantiti produk dan selepas itu klik pada ikon 'Right'. Anda juga boleh klik pada ikon 'tong sampah' jika anda mahu mengeluarkan produk tersebut daripada senarai belian.
5. Jika semua produk telah dipilih, anda boleh klik pada ruang 'Beli'.

Langkah 3 - Pilih cara penghantaran

1. Jika anda mahu ambil produk di Ibu Pejabat Stormreaders, anda boleh klik pada ruang 'Ambil Sendiri'.
2. Jika anda mahu produk dihantar ke alamat seperti yang ada pada profil anda, anda boleh klik pada 'Alamat Terkini'. Alamat anda akan dipaparkan.
3. Jika anda mahu produk dihantar ke alamat lain, anda boleh klik pada ruang 'Alamat Surat Menyurat'. Anda perlu masukan alamat penghantaran.
4. Jika pilihan telah dibuat, anda boleh klik pada ruang 'Teruskan untuk semak keluar pembelian'.

Langkah 4 - Pilih cara pembayaran

1. Senarai cara pembayaran akan dipaparkan.
2. Jika anda ingin membayar secara bank transfer atau tunai, sila pilih pada ruang 'Pembayaran Bank'. Maklumat pembayaran akan dipaparkan dan selepas anda membuat pembayaran, sila masukan nombor rujukan pada ruang yang diminta. Anda boleh faks atau e-mel bukti pembayaran kepada syarikat.
3. Jika anda ingin membuat pembayaran secara kad kredit, klik pada ruang 'Kad Kredit'.
4. Klik pada ruang 'Teruskan untuk semak keluar pembelian'.
5. Semak pembelian anda dan klik pada ruang 'Tempahan'.
6. Pastikan keluar paparan untuk cetak resit. Tempahan anda telah berjaya.

Langkah 5 - Periksa status penghantaran produk

1. Selepas anda berjaya membuat tempahan, anda akan menerima e-mel daripada Stormreaders berkenaan dengan status penghantaran produk anda.
2. Anda boleh semak dengan Log-in ke e-Store dan klik pada menu 'Akaun Saya'. Klik pada ruang 'Periksa Status Tempahan'.


CARA MEMBUAT MAINTAINANCE

Assalamu'alaikum wrh & Salam Stormreaders.

Ada beberapa ahli-ahli baru rangkaian kumpulan kami kerap bertanyakan langkah-langkah untuk membuat belian melalui e-net.

Pembelian melalui e-net adalah antara 2 tujuan:
i) Permintaan (request) bizkit bagi ahli baru.
ii) Pembelian peribadi untuk mengumpul nilai mata (cp) bagi tujuan peningkatan (upgrade) ke taraf Pengedar (100cp) dan taraf seterus nya atau bagi tujuan mengumpulkan nilai mata sebulan (20cp) agar ahli kekal aktif dalam rangkaian.

Justeru bagi membantu sahabat-sahabat kami tersebut, kali ini kami paparkan langkah-langkah untuk membuat belian melalui e-net.

1) Pertama-tamanya, ahli stormreaders (SR) perlu login ahli di http://www.stormreaders.com/



2) Masukkan id pengguna dan kata laluan anda.


3) Klik pada link e-net dan klik 'New Repurchase Sales'


4) Pada ruang DPF No. biarkan kosong. Ruang ini adalah untuk rujukan syarikat.
Anda hanya perlu pilih sama ada 'self collect' atau 'mail delivery'.
Klik 'Submit'.


5) Jika anda memilih 'Self Collect', skrin akan terus ke paparan pembelian produk selepas anda klik 'Submit'.

Jika anda memilih 'Mail Delivery' akan keluar paparan alamat pembeli.
Isikan segala butiran alamat dan orang yang akan dihubungi untuk penghantaran buku yang akan dibeli.
Klik 'Submit'


6) Seterusnya isikan kod produk & kuantiti produk.
Contohnya kod produk: bizkit. Kuantiti: 1
Klik 'add'.

Jika ada produk yang lain yang ingin dibeli, ulang kembali langkah ke enam(6) di atas.
Kod produk boleh didapati apabila anda klik pada ikon kanta pembesar.


Pada ruangan 'Remarks', anda boleh membiarkan kosong atau menaip apa-apa pesanan kepada syarikat, misalnya menaip 'new repurchase sales'.
Ruang 'Remarks' adalah untuk rujukan syarikat.

Jika anda ingin mengedit atau membatalkan pesanan, klik pada 'Edit' atau 'Delete' yang terletak pada hujung sebelah kanan borang pesanan.
Seterusnya klik 'Submit'.

7) Seterusnya akan keluar paparan pengesahan e-Wallet anda. Anda perlu memasukkan kata laluan keselamatan e-Wallet anda.


8) Skrin akan memaparkan segala butiran pembelian e-net anda termasuk dengan kos penghantaran. Jika semua butiran adalah tepat, anda hanya perlu sahkan pembelian tersebut. Segala pesanan akan diposkan ke alamat yang anda masukkan terlebih dahulu pada langkah kelima (5) .

Penghantaran mungkin mengambil masa satu atau 2 minggu berdasarkan jarak alamat pengeposan.

Semoga tulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli (SR) membuat pembelian melalui e-net.
Sekian selamat membeli :-)