Sunday, August 29, 2010

JOM SERTAI STORMREADERS

MARILAH MENYERTAI RANGKAIAN STORMREADERS...
BERSAMA MENINGKATKAN EKONOMI BERLANDASKAN SYARIAH
REZEKI HALAL HIDUP BERKAT

AHLI
http://www.box.net/shared/n4x7vbhetp 

PENGEDAR
http://www.box.net/shared/ir3064ggur

Sunday, August 22, 2010

PETUA MENDIDIK ANAK MENJADI INSAN POSITIF

Alhamdullah, kini Telaga Biru  telah menerbitkan sebuah lagi buku yang bertajuk Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif. Ia adalah karangan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah. Buku ini menceritakan bagaimana ibubapa, guru, pendidik untuk nelahirkan anak yang cemerlang dalam perlbagai aspek kehidupan. Buku ini dikeluarkan diterbitkan dalam bentuk teks yang telah dipermudahkan. Ia berbentuk nota ringkas dan sub-sub tajuk yang menenangkan anda membaca dan membuat rujukan. Ia juga telah dimuatkan dengan foto dan ilustrasi yang jelas dan praktikal untuk menunjukkan bawaha untk mendidik anak menjadi nsan positif bukanlah satu perkara yang mustahil dan ia mudah untuk dicapai.  Gambarajah juga disediakan untuk menerangkan langkah yang lebih efisyen dan mendidik. Diharapkan anda berminat dan mendapat ilmu ang berguna daripada buku keluaran ini.

Saturday, August 14, 2010

Formula Solat Sempurna
Formula solat sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini


Harga setiap unit (piece): RM25.90



Penulis        :  Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog :  TBBK 1048
Kos ISBN     :  978-983-3494-98-9
HARGA        :  RM25.90, CP : 8
          BELI SECARA ONLINE : http://www.stormreaders.net/fakhrurrazi
 
.

Tuesday, August 10, 2010

STORMREADERS

Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.
Sebelum meneroka perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.

Bagi memastikan aktiviti perniagaan rangkaian ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam, Stomreaders Network Sdn Bhd turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang bemula dari peringkat awal. Ia juga dapat memastikan perniagaan rangkaian ini dinilai sebagai ibadah yang bermula dengan niat diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, pelaksanaan yang bertetapan dengan akad jual beli yang diakui syarak dan jauh daripada manipulasi serta gharar.
ICT menjadi wadah komunikasi dan memudahkan urusan seharian.

Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato’ Fadilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.
Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.
Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah…

selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Buku : Indahnya Hidup Bersyariat

Penulis : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Kod Katalog : TBBK 1097
Kos ISBN : 978-967-5102-30-1
HARGA : RM 55.00, CP : 18

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
Buku ini telah terjual hamper 400,000 naskhah dan kita diminta berhati-hati kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak rompak buku ini dalam bentuk kulit paperback atau kertas lembut dengan harga RM30 sahaja. Pihak Telaga Biru hanya mencetak naskhah dalam bentuk hard cover atau kulit keras sahaja. Jika anda terserempak adanya naskhah dalam bentuk kulit lebut sila laporkan kepada Syarikat Telaga Biru. Bersama kita membentras cetak rompak. Buku ini amat sesuai untuk dihadiahkan kepada bakal melansungkan perkahwinan. Saya juga mencadangkan setiap keluarga mempunyai buku ini kerana maklumat Fardu Ainya ianya amat menyeluruh dalam kehidupan kita sebagai orang islam. Jual 6 buah anda telah layak jadi seorang pengedar.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU