Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam.
Sebelum meneroka perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang-undang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman luas dalam mengendalikan perniagaan rangkaian. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain daripada memastikan ia bertetapan dengan prinsip muamalat Islam.
Bagi memastikan aktiviti perniagaan rangkaian ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam, Stomreaders Network Sdn Bhd turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang bemula dari peringkat awal. Ia juga dapat memastikan perniagaan rangkaian ini dinilai sebagai ibadah yang bermula dengan niat diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, pelaksanaan yang bertetapan dengan akad jual beli yang diakui syarak dan jauh daripada manipulasi serta gharar.
ICT menjadi wadah komunikasi dan memudahkan urusan seharian.
Stormreaders Network Sdn Bhd telah menjadikan ilmu sebagai produk yang akan difokuskan di dalam perniagaan ini kerana kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam sekarang adalah berpunca daripada kekurangan ilmu pengetahuan dan kekangan ekonomi. Ia dipersembahkan dalam pelbagai format melibatkan buku, cenderahati, CD, VCD serta kaset yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal negara sepeti Dato’ Fadilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah, Ustaz Haji Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.
Malah lebih dari itu, pelan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari, ia juga bertujuan melahirkan golongan elit Muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga akan lebih dirasai.
Diharapkan pelan perniagaan ini bukan sahaja dapat melahirkan usahawan yang berdikari, malahan ia juga dapat melahirkan golongan elit Muslim yang tinggi taraf ekonominya serta dapat merasai nikmat kebahagiaan dan keharmoniaan keluarga, masyarakat dan negara. Insya-Allah…