Friday, November 26, 2010

Buku : Majalah Solusi Edisi 26

SOLUSI EDISI 26
TAJUK : APAKAH NILAI ANDA?
HARGA RM 9
(POS : RM5)

SILA ISI BORANG DI BAWAH BLOG UNTUK TEMPAHAN

Wednesday, November 10, 2010

Buku : Mukmin Profesional Celik Mata Hati

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
• Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
• Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.
• Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

UNTUK DAPATKAN LAYARI
www.stormreaders.net/fakhrurrazi

Tuesday, November 9, 2010

Buku : Imam Syafie Pejuang Kebenaran

IMAM SYAFIE PEJUANG KEBENARAN  Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak. 
Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat. 
Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

UNTUK PESANAN SILA LAYARI :
www.stormreaders.net/fakhrurrazi

Monday, November 8, 2010

Buku : Imam Malik Pengarang Kebenaran

IMAM MALIK PENGARANG KEBENARAN merupakan sebuah novel mengenai Imam Malik. Imam Malik ialah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah saw.
Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya.
Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiulawal tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun. Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al-Muwatta, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran.

Sunday, November 7, 2010

Buku : Imam Hanafi Pendebat Kebenaran

IMAM HANAFI PENDEBAT KEBENARAN   Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.

UNTUK TEMPAHAN LAYARI
www.stormreaders.net/fakhrurrazi