Monday, January 24, 2011

Buku : La Tahzan Kerana Cinta

Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1007
Kod ISBN : 978-967-5426-13-1
Harga : RM19.90, CP : 6

Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.
  • Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
  • Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
  • Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.


    DAPATKAN SEKARANG..

    SILA BACA
    T&C TEMPAHAN BUKU

Sunday, January 16, 2011

Buku : Kamus Bergambar Pintar Soleh

Penulis        : 
1. Rohidzir Rais
2. Ahmad Hasan Mohd. Nazam
3. Ahmad Ridhwan Baharom
Kod Katalog :  TBBK 1103
Kos ISBN     :  978-967-5102-34-9
HARGA        :  RM 23.00, CP : 7

• Memenuhi keperluan pembelajaran bahasa Arab pra sekolah, sekolah rendah dan menengah.
• Panduan untuk pelancong atau pelajar ke negara-negara Arab.
• Disusun mengikut tema harian.
• Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni berdasar tema yang disusun secara sistematik bagi memudahkan pemahaman.
• Nilai tambah berupa ayat al-Quran, hadis, doa, zikir dan selawat mengikut topik untuk renungan dan amalan.
• Contoh ayat bahasa Arab untuk setiap kata kerja yang diberikan.
• Pecahan kata kerja (tasrif) bahasa Arab untuk kata kerja silam, masa kini dan arahan.
• Kaedah Tapak Tangan untuk pecahan kata kerja.
• Timbangan kata kerja dalam bahasa Arab berserta contoh kata kerja dan contoh ayat.
• Ucapan harian yang biasa diucapkan di kalangan orang Arab serta cara membalasnya.
• Padanan peribahasa Arab dengan peribahasa Melayu dan Inggeris.

Friday, January 7, 2011

Ahlan Wasahlan Dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Keluarga Stormreaders (Kumpulan Future Generation) kepada Termizi (KL). Insyaallah Kumpulan ini akan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu saudara di dalam perniagaan ini. Segala pertanyaan dan permasalahan boleh emailkan ke ilhamz@ymail.com @ hubungi saya 0193899987

Buku : Solat Berjemaah

Penulis : Ustaz Mohammad Subki Abd. Rahman Al Hafiz
Kod Buku : TQBK1004
Harga : RM23.00, CP : 7
Penerbit & Edaran : Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat

Suatu hari dalam tahun 2004,terpapar dalam surat khabar Utusan Malaysia suatu dakwaan yang sangat mengejutkan,yang telah dibuat oleh seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Negara kita iaitu : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.Dakwaan yang dimaksudkan ialah :”Mengikut kajian yang dibuat olehnya sendiri mengenai solat,Dato’ Dr. Mendapati bahawa 80% penduduk Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat tidak menunaikan dengan cukup solat lima waktu sehari semalam.”
Sebagaimana kita tahu,solat fardhu lima waktu merupakan banteng paling ampuh bagi kita orang Islam untuk menyekat dan menghalang diri daripada melakukan maksiat.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Thursday, January 6, 2011

Buku : Travelog Haji

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim
Kod Buku : PTSB1026
Kod ISBN : 978-967-366-026-1
Harga : RM29.00, CP : 10

 Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. 
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa. 
Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Ahlan Wasahlan Dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Keluarga Stormreaders (Kumpulan Future Generation) kepada Norabeerah. Insyaallah Kumpulan ini akan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu saudara di dalam perniagaan ini. Segala pertanyaan dan permasalahan boleh emailkan ke ilhamz@ymail.com @ hubungi saya 0193899987

Saturday, January 1, 2011

Buku : Aku Terima Nikahnya

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Kod Buku : GB0103
Kod ISBN : 978-983-097-272-5
Harga : RM55.00, CP : 18

Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.
 Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Dapatkan segera!

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU