Monday, March 7, 2011

Buku : Furu' Al-Masail

Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Buku : TBBK1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : RM75.00 , CP : 25

 Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”

Thursday, February 17, 2011

Buku : Anakku Hebat Anakku Soleh

Penulis        :  Zahazan Mohamed
Kulit Lembut
Kod Katalog :  TBBK 1050
Kos ISBN     :  978-983-3494-78-1
HARGA        :  RM34.90, CP : 11
Kulit Keras
Kod Katalog :  TBBK 1030
Kos ISBN     :  978-983-3494-59-5
HARGA        :  RM39.90, CP : 13

Klik Sini untuk ke Buku Digital 
Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Monday, February 7, 2011

Buku : Menjadi Pemimpin Super

Penulis : Farid Poniman
Kod Buku : PTSB1018
Kod ISBN : 978-967-369-018-3
Harga : RM27.00, CP :  9

 PEMIMPIN adalah individu yang mempunyai kebolehan memimpin individu lain. - PEMIMPIN BERJAYA terlebih dahulu perlu berjaya memimpin diri sendiri sebelum berupaya memimpin individu lain.  PEMIMPIN SUPER adalah individu yang berkebolehan memimpin diri sendiri dan individu lain ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Rahsia kekuatan MENJADI PEMIMPIN SUPER diselidiki dengan mendalam melalui prinsip Kubik Leadership, bagi memastikan kita mampu menggunakannya bagi mencapai kehidupan yang lebih baik. Hal ini kerana, dunia yang kita hidup sekarang masih belum mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang kita hadapi. Ibarat ubat bius yang diberikan, ia hanya dapat menghilangkan kesakitan buat sementara waktu sahaja. Buku ini menawarkan essential solution yang lebih mudah dan menyasarkan terus pada akar permasalahan serta menyembuhkan penyakitnya. Kubik Leadership berkongsi rahsia alam dan kehidupan, dalam bentuk rumusan yang mudah. Apabila kita mempraktikkan langkah demi langkah, kejayaan dan kecemerlangan hidup dapat dimiliki! Prinsip ini juga memberi pencerahan baru dengan:– Menerangkan tugas kita sebagai Gardu EPOS – Prinsip To Be, To Have dan Valensi dalam diri kita.
  Menggabungkan Prinsip Tuhan, Prinsip Alam dan Prinsip Manusia. "Buku ini melengkapkan perjalanan hidup kita. Apabila membaca buku ini, saya yakin pengetahuan kepimpinan dapat membantu kita memainkan peranan sebagai khalifah di dunia ini dengan lebih baik. Iskandar Zulkarnain, Pesuruhjaya Bank Muamalat Indonesia "Pemimpin dilahirkan dan dibentuk. Mereka tampil sebagai pemimpin melalui berkat usaha, tahap pendidikan, proses pembelajaran, dan bakat kurniaan Tuhan. Buku Menjadi Pemimpin Super perlu dibaca oleh semua, terutama bakal pemimpin dan mereka yang sudah menjadi pemimpin." Parni Hadi, Pengarah Utama Radio Republik Indonesia

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Wednesday, February 2, 2011

Buku : Majalah Solusi Edisi 28

Penulis : Mix Artis
Kod Katalog : TBMJ1028
Harga : RM9.00, CP : 3

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar".
(Riwayat Ibn Majah)
Jawapan itu semua ada terkandung didalam majalah ini. Nantikan keluarannya bertajuk Tanpa Akhlak Rosak Ibadah - Isu 28. Nantikan dipasaran.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Tuesday, February 1, 2011

Ahlan Wasahlan Dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Keluarga Stormreaders (Kumpulan Future Generation) kepada Faridah Binti Ismail (Selangor) dan Ishamuddin bin Ishak (Terengganu). Insyaallah Kumpulan ini akan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu saudara di dalam perniagaan ini. Segala pertanyaan dan permasalahan boleh emailkan ke ilhamz@ymail.com @ hubungi saya 0193899987

Thursday, January 27, 2011

Buku : 50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh

Penulis : Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Kod Buku : ICBK1001
Kod ISBN : 978-983-44668-0-0
Harga : RM15.00 , CP : 5

Buku " 50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh" memuatakan 50 kata-kata tokoh Islam termuka dalam lipatan sejarah. Ia merupakan himpunan kata-kata yang mampu memberikan motivasi dan semangat untuk para pembaca.
Antara tokoh yang berpengaruh ialah Khalid al-Walid, Sa'ad bin Abi Waqqas, Muhammad bin Kannasah, Umar Abdul Aziz dan juga Abu Ubaidah bin Amir al-Jarrah. Selain daripada itu, turut dimuatkan kisah di sebalik terungkapanya kata-kata itu beserta kupasan oleh penulis sendiri.
Buku ini amat sesuai untuk orang cintakan sejarah lantaran buku ini memuatkan banyak fakta berkaitan sejarah Islam. Ia juga sesuai sekali untuk para pemidato bagi  melengkapkan pidato mereka, juga untuk fasi bagi memberiakan motivasi. Pendek kata, buku ini amat bersesuaian untuk sesiapa yang bercita-cita menjadi pemimpin.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Tuesday, January 25, 2011

Ahlan Wasahlan Dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Keluarga Stormreaders (Kumpulan Future Generation) kepada Abdullah Hadi (Selangor). Insyaallah Kumpulan ini akan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu saudara di dalam perniagaan ini. Segala pertanyaan dan permasalahan boleh emailkan ke ilhamz@ymail.com @ hubungi saya 0193899987

HADIAH ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG BLOG..

Assalamualaikum...

Terima kasih kerana mengunjungi blog http://www.stormreader1.blogspot.com/
makluman pada pengunjung yang sudi singgah di blog saya, ada hadiah yang menarik menunggu anda.. anda hanya perlu menjadi follower dengan mendaftar di ruangan disediakan
sekiranya anda bertuah anda akan dihubungi melalui email anda.. saya pasti anda akan berpuas hati..

Monday, January 24, 2011

Buku : La Tahzan Kerana Cinta

Penulis : Najla Mahfuzh
Kod Buku : MRBK1007
Kod ISBN : 978-967-5426-13-1
Harga : RM19.90, CP : 6

Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang merelakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.
  • Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...
  • Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.
  • Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan.


    DAPATKAN SEKARANG..

    SILA BACA
    T&C TEMPAHAN BUKU

Sunday, January 16, 2011

Buku : Kamus Bergambar Pintar Soleh

Penulis        : 
1. Rohidzir Rais
2. Ahmad Hasan Mohd. Nazam
3. Ahmad Ridhwan Baharom
Kod Katalog :  TBBK 1103
Kos ISBN     :  978-967-5102-34-9
HARGA        :  RM 23.00, CP : 7

• Memenuhi keperluan pembelajaran bahasa Arab pra sekolah, sekolah rendah dan menengah.
• Panduan untuk pelancong atau pelajar ke negara-negara Arab.
• Disusun mengikut tema harian.
• Ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni berdasar tema yang disusun secara sistematik bagi memudahkan pemahaman.
• Nilai tambah berupa ayat al-Quran, hadis, doa, zikir dan selawat mengikut topik untuk renungan dan amalan.
• Contoh ayat bahasa Arab untuk setiap kata kerja yang diberikan.
• Pecahan kata kerja (tasrif) bahasa Arab untuk kata kerja silam, masa kini dan arahan.
• Kaedah Tapak Tangan untuk pecahan kata kerja.
• Timbangan kata kerja dalam bahasa Arab berserta contoh kata kerja dan contoh ayat.
• Ucapan harian yang biasa diucapkan di kalangan orang Arab serta cara membalasnya.
• Padanan peribahasa Arab dengan peribahasa Melayu dan Inggeris.

Friday, January 7, 2011

Ahlan Wasahlan Dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Keluarga Stormreaders (Kumpulan Future Generation) kepada Termizi (KL). Insyaallah Kumpulan ini akan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu saudara di dalam perniagaan ini. Segala pertanyaan dan permasalahan boleh emailkan ke ilhamz@ymail.com @ hubungi saya 0193899987

Buku : Solat Berjemaah

Penulis : Ustaz Mohammad Subki Abd. Rahman Al Hafiz
Kod Buku : TQBK1004
Harga : RM23.00, CP : 7
Penerbit & Edaran : Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat

Suatu hari dalam tahun 2004,terpapar dalam surat khabar Utusan Malaysia suatu dakwaan yang sangat mengejutkan,yang telah dibuat oleh seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Negara kita iaitu : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.Dakwaan yang dimaksudkan ialah :”Mengikut kajian yang dibuat olehnya sendiri mengenai solat,Dato’ Dr. Mendapati bahawa 80% penduduk Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat tidak menunaikan dengan cukup solat lima waktu sehari semalam.”
Sebagaimana kita tahu,solat fardhu lima waktu merupakan banteng paling ampuh bagi kita orang Islam untuk menyekat dan menghalang diri daripada melakukan maksiat.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Thursday, January 6, 2011

Buku : Travelog Haji

Penulis : Muhd Kamil Ibrahim
Kod Buku : PTSB1026
Kod ISBN : 978-967-366-026-1
Harga : RM29.00, CP : 10

 Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. 
Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa. 
Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU

Ahlan Wasahlan Dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Keluarga Stormreaders (Kumpulan Future Generation) kepada Norabeerah. Insyaallah Kumpulan ini akan memberikan sepenuh komitmen untuk membantu saudara di dalam perniagaan ini. Segala pertanyaan dan permasalahan boleh emailkan ke ilhamz@ymail.com @ hubungi saya 0193899987

Saturday, January 1, 2011

Buku : Aku Terima Nikahnya

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Kod Buku : GB0103
Kod ISBN : 978-983-097-272-5
Harga : RM55.00, CP : 18

Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah berumah tangga.
 Buku 'Edisi Istimewa' Aku Terima Nikahnya merupakan Kompilasi dari 3(tiga) buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga, dan Murabbi Cinta 3 dalam 1. Buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Dapatkan segera!

DAPATKAN SEKARANG..

SILA BACA
T&C TEMPAHAN BUKU